Syawal Itu Aku Rayakan.
Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah lebih sebulan mengabaikan blog ini, maka pada malam yg hening ini, malam Jumaat, sy meringankan jari jemari utk mencoretkan serba sedikit tentang perjalanan hidup sy kebelakangan ini. Entahkan ada yg sudi membacanya atau tidak, itu tidak menjadi soal utama. Sekurang2nya dapat melepaskan sedikit kerinduan untuk mengarang.
Ramadhan 1434H telah meninggalkan pelbagai kenangan. Sy kira Ramadhan kali ini sy kurang berkesempatan untuk benar2 merebut pahala beribadah. Jauh di lubuk hati ada rasa kesal dan ratap rugi. Entahkan sy panjang umur atau tidak untuk diberi kesempatan bertemu bulan yg menjanjikan Lailatulqadar itu. Sy agak kelam kabut dgn kesibukan berulang alik ke kampung halaman suami kerana kesihatan bapa mertua yang kurang mengizinkan. 3 kali untuk 3 minggu selama beberapa hari kami bergegas dari Taiping ke Muar demi ayahanda mertua yang sangat tulus keinsanannya itu. Alhamdulillah, kini dia semakin sihat.
Syawal 1434H, sy memutuskan untuk beraya di Muar biarpun pada tahun lepas Syawal telah disambut di Kuala Terengganu.... Ya, 2 tahun beraya bersama keluarga suami. Daerah Muar, Johor adalah kampung halaman bapa mertua, manakala Kuala Terengganu adalah kampung halaman arwah ibu mertua. Meskipun arwah ibu mertua sudah lama menyahut panggilan Ilahi, tetapi bondanya iaitu nenda suami yang kami panggil Atok masih sihat. Sementara umurnya masih panjang kami fikir ada baiknya kami beraya bersamanya. Tentu dia suka. Sy akui, hari raya di Kuala Terengganu pada tahun lalu amat menggembirakan dan sangat istimewa. Biarpun sy beraya dengan keluarga arwah ibu mertua yang langsung sy tak pernah temui, seluruh ahli keluarganya sangat baik pekerti. Ibu2 dan bapa2 saudara di sana sangat mengalu2kan kehadiran sy. Begitu juga dengan sepupu2 suami. Mereka peramah dan memang tuan rumah yang baik. Dan yang paling mengharukan, sy benar2 berasa berada di kampung sy di Bota, Perak. Suasana beraya di kampung yang masih tidak kurang meriahnya. Terubat sedikit kerinduan kepada arwah Opah dan Atuk...dan juga Abah... Terasa sangat seperti kembali ke masa lalu kerana sy memang takkan dapat merasai kegembiraan beraya di desa semenjak arwah tok dan opah pergi ke alam baqa. Sementelah pula sejak arwah abah meninggalkan kami semua Februari tahun lalu.. Kiranya beraya di Kuala Terngganu pada tahun lalu benar2 telah mengubat kerinduan sy ke masa silam..
Oh, kenapa pula sy asyik bercerita tentang Syawal tahun lepas? Mungkin sebab perasaan gembira itu masih terasa. Saat ini sy tersenyum bila mengenangkannya. Sebab itu sy katakn Hari Raya di kampung arwah ibu mertua sangat istimewa. Dan sebenarnya, sy membayangkan..sekadar imaginasi.. bagaimanalah andai sy dapat berjumpa dan mengenali arwah dengan dekat? Mungkin sekali sy akan menyayanginya seperti mana ibu kandung sy sendiri. Sy sangat selesa dan serasi bergaul dengan kaum keluarganya, biarpun ada kalanya dibatasi dengan loghat Terengganu yang agak pekat apabila berbicara dengan sdra mara warga emas, namun itu tidak menjadi hal kerana suami sy bersedia menjadi penterjemah. Sy amat berharap akan dapat beraya lagi di Terengganu. Mungkinkah tahun hadapan? 2014 beraya di Kuala Terengganu. InsyaAllah.
Bagaimana pula beraya di Muar? Di sini, budaya hidupnya sangat dipengaruhi dengan nilai hidup orang Jawa. Bapa mertua sy sendiri berketurunan Jawa... tepatnya Jawa Halus. Bicaranya santun, lembut tutur bahasa. Kebetulan, bapa mertua sy boleh dikategorikan sebagai educated. Jadi, dia sangat menjaga percakapannya tetapi tidaklah terlalu berprotokol hingga menyukarkan keadaan. Biasa sja bila ngobrol dgn bapa mertua dia akan nyebut saudaranya yang namanya Wak itu atau Wak ini.. Ada juga mengimbas kenangan tentang Mbah... Juga bercerita tentang Lek yang berjiran dengannya.. Oh,ya..apa maksud Jawa Halus? Iaitu Jawa asli kahwin dengan Jawa asli, jadi anaknya Jawa Halus. Original sgt Jawanya..yang sangat berbudi bahasa, bersuara lemah lembut dan jarang meninggi suara kecuali bersebab. Jawa Kasar pula, jika Jawa asli kahwin dengan keturunan lain, say Melayu or Bugis.. Dah kurang originality. Masih berbudi bahasa tetapi tidaklah begitu santun. Percakapan agak kasar, ada masa meninggi suara. Itu setakat pengetahuan cetek sy yang baru 3tahun mengenali keluarga bapa mertua sy di Muar ni..
Kalau malam Jumaat, di sini ada majlis bacaan Yassin atau mereka panggil Yassinan. Ianya adalah kenduri tahlil atau doa selamat dengan bacaan Yassin. Kenduri besar juga, sebab tuan rumah bukan sekadar menghidangkan nasi ambeng di atas talam, tetapi juga perlu mengeluarkan belanja untuk bungkusan2 makanan yang dipanggil "berkat". Untuk Hari Raya pula di sini ada Marhaban. Sekumpulan penduduk kampung beramai2 datang ke rumah untuk mengalunkan marhaban dan mendoakan kesejahteraan tuan rumah. Yang ini tuan rumah taklah pening sangat kerana hidangan makanan lebih ringkas, dan tak perlu siapkan "berkat". Cuma kalau ada rezki lebih, masa nilah nk bersedekah duit raya kepada budak2 yang menyertai Marhaban ni.
Mata sy sudah kuyu ni.. sudah disapa rasa mengantuk.. Mungkin nanti sy akan sambung lagi cerita tentang Syawal. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment