Syawal Itu Aku Rayakan.
Bismillahirrahmanirrahim... Setelah lebih sebulan mengabaikan blog ini, maka pada malam yg hening ini, malam Jumaat, sy meringankan jari jemari utk mencoretkan serba sedikit tentang perjalanan hidup sy kebelakangan ini. Entahkan ada yg sudi membacanya atau tidak, itu tidak menjadi soal utama. Sekurang2nya dapat melepaskan sedikit kerinduan untuk mengarang. Ramadhan 1434H telah meninggalkan pelbagai kenangan. Sy kira Ramadhan kali ini sy kurang berkesempatan untuk benar2 merebut pahala beribadah. Jauh di lubuk hati ada rasa kesal dan ratap rugi. Entahkan sy panjang umur atau tidak untuk diberi kesempatan bertemu bulan yg menjanjikan Lailatulqadar itu. Sy agak kelam kabut dgn kesibukan berulang alik ke kampung halaman suami kerana kesihatan bapa mertua yang kurang mengizinkan. 3 kali untuk 3 minggu selama beberapa hari kami bergegas dari Taiping ke Muar demi ayahanda mertua yang sangat tulus keinsanannya itu. Alhamdulillah, kini dia semakin sihat. Syawal 1434H, sy memut...